Tempat Bersejarah Dan Menarik di Johor Bahru

1.Bangunan Sultan Ibrahim 

Merupakan bekas bangunan urus Setia negeri Johor. Bangunan Sultan Ibrahim terletak di Bukit Timbalan di Johor BahruMalaysia. Telahpun dibina di antara tahun 1936 dan 1939 dan telah siap pada tahun 1940 kerana kerajaan kolonial British mencuba untuk menyelaraskan pentadbiran negeri.

Ia dibina sebagai bekas bangunan secretariat negeri Johor. Rekbentuk bangunan menghimpunkan unsur seni bina melayu islam dan colonial. Ia merupakan bangunan tertinggi di Tanah Melayu sebelum  Merdeka.

2.Masjid Sultan Abu Bakar 

Masjid Sultan Abu Bakar, negeri Johor yang terletak di Johor Bahru, . Masjid ini telah dibuka rasmi oleh Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar pada 1900. Masjid ini diberi nama Masjid Abu Bakar sempena nama Almarhum Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim yang telah menitahkan pembinaannya kira-kira dalam tahun 1892 dengan perbelanjaan lebih dari $400,000.

Masjid yang dibangunkan di atas puncak sebuah bukit pesisir Selat Tebrau ini mempunyai 4 buah menara yang menyerupai Masjid Putih,Terengganu serta negara-negara Asia Barat terutamanya di Mesir. Menaranya berbentuk 2 tingkat bulat di atas dan empat persegi di bawah serta berkubah. Masjid ini boleh memuatkan kira-kira 3000 umat Islam bersolat.

3.Laman Mahkota Istana Bukit Serene 

Mercu tanda Mahkota Istana Johor yang tersergam indah di pintu gerbang kediaman rasmi DYMM Sultan Johor ini dikenali sebagai Laman Mahkota Istana Bukit Serene. Di Laman ini juga, terdapat sebuat taman danpancur air yang dihiasi dengan lampu berwarna-warni Ketika waktu malam.

Terletak berhadapan dengan Danga Bay di Jalan Straits View. Laman Mahkota Istana Bukit Serene ini merupakan tarikan terbaru di Johor Bahru. Jika anda datang ke Johor bahru, Jangan lupa singgah dan bergambar bersama keluarga.

4.Zoo Johor 

Pernah dikenali sebagai Kebun Binatang atau Zoo Diraja Johor ialah sebuah fasiliti yang menempatkan pelbagai spesis haiwan sebagai pendedahan dan pendidikan kepada orang ramai. Ianya terletak di Johor Bahru dalam negeri Johor dan dibangunkan di atas tapak berkeluasan 4.73 hektar serta berada dalam kawasan Istana Besar, Johor Bahru.

 Zoo Johor diiktiraf sebagai zoo tertua sekali di Malaysia. Setakat bulan Januari 2025, zoo ini merekodkan sebanyak 373 ekor haiwan daripada 65 spesis yang tergolong kepada empat kumpulan iaitu mamalia, burung, reptilia dan primat.

5.Kota Jail

Bangunan Penjara Ayer Molek yang berusia hampir 147 tahun kini menjadi tarikan baharu pelancongan di Johor dan dikenali sebagai Kota Jail. Proses transformasi Kota Jail yang dilaksanakan oleh JOHO Group dijangka dapat menghidupkan lagi kepelbagaian tarikan yang terdapat di Bandar Raya Johor Bahru .

 Ia juga turut menjadi bukti kekuatan komuniti, dedikasi, kreativiti dan semangat kolaborasi bersama Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB). Disamping itu, membolehkan warisan bersejarah ini dapat dihayati oleh masyarakat daripada pelbagai peringkat usia.

6.Muzium Tokoh Johor

Dibina pada tahun 1893 di atas tanah seluas 100 ekar di kawasan Bukit Senyum, Johor Bahru dan kini dikenali sebagai Muzium Tokoh Johor. Muzium ini ditempatkan diBangunan Dato’ Jaafar,yang merupakan kediaman rasmi Jaafar Muhammad, Menteri Besar Johor yang pertama. 

Bangunan itu dibina di atas tanah seluas 100 hektar di Bukit Senyum. Bangunan ini menyerupai bangunan keluarga Diraja British Hardwick Hall di United Kingdom. Bangunan ini terdiri daripada tiga tingkat dan empat menara di setiap bahagian sudutnya.

7.Stadium Sultan Ibrahim 

Merupakan stadium bola sepak di Iskandar Puteri, Johor, Malaysia. Ia dinamakan sempena penghormatan sultan negeri Johor iaitu Sultan Ibrahim ibni Sultan Iskandar. 

Sebagai stadium baru Johor Darul Ta’zim FC untuk Liga Super Malaysia bermula tahun 2020, stadium itu menggantikan Stadium Larkin yang telah menempatkan pasukan semasa dan pasukan bola sepak Johor sebelumnya sejak tahun 1964. Jumlah kos pembinaan dianggarkan sebanyak RM 200 juta. Stadium ini mempunyai kapasiti untuk 40,000 penonton dan dibuka pada 22 Februari 2020] Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri ini dirasmikan oleh DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertuan bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim.